Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.
Perkara itu dimaklumkan, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memberitahu, ia adalah berlandaskan perlembagaan kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu.
“Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.