
KUALA LUMPUR- Hebahan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Program Pengajian Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan dibuat pada 3 Jun ini.
Para lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak status masing-masing di UPUPocket 2.0 dan juga melalui pautan berikut:
i. http://jpt.umt.edu.my
iv.https://jpt.utm.my; dan
v. http://jpt.uum.edu.my
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM telah diterima dan calon- calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Tambahnya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan seperti berikut:
- bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima (5) hari bekerja sahaja mulai 03 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
2. bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) juga akan membuka kemudahan “hotline” mulai 03 Jun hingga 10 Jun 2020 dari jam 08:30 pagi hingga 04:00 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.-MalaysiaGazette