PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilabelkan sebagai individu yang telah menikam parti dan juga bekas partinya, UMNO.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Aramda) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendakwa Menteri Dalam Negeri itu adalah individu yang sama mengetuai gerakan untuk memecat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah Ahli Parlimen Muar itu mendedahkan Hamzah juga individu yang sama datang berjumpa beliau dan memujuknya untuk meninggalkan perjuangan Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Saya ingat lagi, sebelum PRU ke-14, salah seorang menteri jumpa dengan saya dan cuba untuk tarik saya keluar dari Bersatu, tidak lain tidak bukan adalah orang yang sama yang mengepelai Bersatu sekarang ini untuk membuang Tun (Dr Mahathir Mohamad).
“(Beliau) memanggil saya ke pejabat dia dan bila berjumpa, dia juga yang tengah berkuasa (sebelum PRU ke-14) berkata bahawa Muhyiddin gila jawatan nak jadi perdana menteri. Sebab itu dia (Muhyiddin) masih menyerang Najib Razak (pada ketika itu).
“Malangnya orang ini sekarang diberi kuasa besar untuk tentukan hala tuju Bersatu,” katanya pada sidang media Armada di sini hari ini.
Syed Saddiq turut memberi nasihat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menghargai rakan sama ada sewaktu berdepan masa sukar atau ketika senang.
“Saya nak ingatkan Muhyiddin bahawa ingatlah rakan kamu dalam keadaan susah dan senang, dan siapa yang tinggalkan kamu dan tikam di belakang sehingga tiada kuasa sampai melabel kamu sebagai seorang yang gila jawatan.
“Saya berharap kemelut parti dapat diselesaikan apabila mandat diberikan kepada akar umbi secepat mungkin.
“Bersatu sudah ditubuhkan empat tahun dan belum sekali pun kita mengadakan pemilihan parti. Biarkan parti ditentukan akar umbi
“Saya ucap maju jaya kepada rakan baharu UMNO untuk bekerjasama dengan Hamzah yang pernah bersama UMNO dan pernah tikam kalian dan kini Bersatu,” katanya. – MalaysiaGazette
Meroyanlah kau sadiq. Duit rm250,000 simpan kat mana?
Ada sesiapa yang boleh update berkenaan status wang RM250,000? Ramai yang nak tahu wang tu dapat dari siapa, simpan kat mana, hilang kat mana, untuk apa, etc etc?
Muda sangat dah ada cash RM250,000?
Saje2 nak tahu?
Cakap lebih… lompat panggar pun sangkut…
Bro Syed…. You should learn this ⤵️⤵️⤵️
There is no friends and enemies remains in politics.
budak hingusan politik
Woi pondan tisu..waaahhh masa Hamzah keluar UMNO join ko apsal ko tak menyalak?? Ko sampai bila nak jadi keldai DAP??
Buke lah segale pekong yg lampau, puaskan rakyaat betape murahnye harge diri org melayu utk kepintingan sendiri rakyaat akan menilai. Melayu bunuh melayu yg ketawa Dap’g yg akan dpt habuan. Jika masih mentah jgn cube tunjok belang yg akn makan diri sendiri. Perpatah menyebut terlajak perahu blh undur, terlajak kate buruk padahnye. Hati2 bila bercakap, kadang2 berdiam lebih baik dpd cube tunjuk pandai. Diri sendiri ade byk kelemahan.
muka tiada kemaluan @ MALU dah dipecat@ AUTOMATIK tergugur masih guna KETUA ARMADA
This young man is wasting his time in politics. No doubt he is a good debater, but politics is all together a different ball game. In my honest opinion, he is still raw and lacking in good personality. People who are good at talking are not really successful as a leader. Sometime it is all talk and no action. To be a good leader, you need good personality, knowledge, a sincere heart to help people, honesty, truthfulness and the guts to speak the truth. In the Malay world, you must have good adab and respect the local adat wherever you are. Sayed Saddiq has wasted the golden opportunity to go abroad and do his postgraduate degrees and later to become a PhD holder. In his few years of involvement in politics he has not performed well. Being a politician is not being a glamorous person. As a Muslim leader you got to have a heart called in Malaysia as”Berjiwa Rakyat”. Saddiq makes fun of DSN as the ‘Pencuri, Perompak, etc. By why did he turn a blind eye on Mahathir and never said anything about mahathir’s wealth and wrongdoings. Does he stand for truth and justice or he is simply a hero-worship mahathir. It is good for him to get married and become a matured thinking person. I suggest he should go out of politics and seek knowledge and experiential learning.
Dok diam2 la budak hingus..jgn jadi pak turun atuk tun n anak2 dia