GEORGE TOWN – Lelaki warga emas yang memandu dalam keadaan mabuk cuba melanggar anggota polis di sekatan jalan raya dalam kejadian berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Baru dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata, namun anggota polis yang sedang bertugas itu bernasib baik kerana sempat mengelak dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam tadi.
“Lelaki berusia 64 tahun itu yang tinggal di Taman Lip Sin di sini memandu kereta Ford Fiesta dari arah pusat beli-belah Queensbay menghala ke pusat bandar dan dia diarah berhenti pada pemeriksaan sekatan jalan raya Op Mabuk.
“Namun pemandu tersebut terus memandu malah dia cuba melanggar anggota polis … sebaik ditahan warga emas tersebut bertindak agresif selain mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil ujian saringan suspek berada di bawah pengaruh alkohol dengan bacaan nafasnya 218 mikrogram (mg)/100 milimeter (ml) dan had dibenarkan adalah 35 mg/100 ml.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol yang membawa hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama
Target mereka adalah untuk melanggar sehingga MATI anggota2 polis atau tentera yang berkawal? Elok lebih berhati2!
Ramai ibubapa yang takut/cemas bilamana anak cucu mereka menggunakan jalanraya!
MABUK dijadikan TOOL yang sangat berkesan atau LESEN UNTUK MEMBUNUH! Ianya nyata selamat dari segi undang2 cap ayam?
Di USA bilamana ada rakyat kulit hitam yang MATI DIBUNUH mereka berdemonstrasi dan merusuh!
Di Malaysia bilamana ramai orang2 Islam yang MATI DIBUNUH oleh pemabuk, orang2 Islam belum lagi bertindak? Sampai bila agaknya?
Agaknya tak puas hati parti yang disokongnya punyai majoriti terbesar tetapi tidak menjadi kerajaan?
Polis, askar dan orang awam pula yang jadi TARGET mereka UNTUK DIBUNUH? Ianya trending! Biar fakta berbicara?
Kepada polis, askar, rela mahupun orang awam, hati2!!!