KUALA LUMPUR – Meskipun Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab isu penularan video yang menunjukkan sebuah perkampungan warga Bangladesh di Sungai Buloh, namun Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berpendirian pihak berkuasa masih perlu menyiasat perkara tersebut.
Presidennya, Abdul Rani Kulop Abdullah berkata, kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh perlu dipantau oleh pihak berkuasa termasuklah polis dan Jabafan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum pengesahan rasmi dibuat.
“Video di media sosial dikatakan ada perkampungan Bangladesh di Kampung Baru, Sungai Buloh, mereka membuka perniagaan.
“Macam mana boleh terlepas pandang perkara ini? Lama atau tidak, kena siasat, kena suara dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM kena siasat kerana ini beri keresahan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita.
Baru-baru ini tular di media sosial. video kepadatan warga Bangladesh di Kampung Baru, Sungai Buloh.
Walaubagaimanapun Ismail Sabri bingkas memberikan respon menjelaskan yang tular itu tidak sahih kerana ia adalah gambar dan video lama. -MalaysiaGazette
Mmg ada pun..aku stay kat sg buloh..bkn perkampungan bangla je, indo pun ada , tanah krjaan KKM area pusat kusta negra sudah menjadi mcn ngra indo je…ramai org indo tggl di situ, ada yg siap bina rmh lg kat situ, air, api curi …sila lh pihak bkuasa masuk sikit dlm tu..kawasan kebun bunga..sbb puak2 indo n bngla kerja n ada yg ada kebun sendiri olh bngla n indo..tanah krjaan di ceroboh nya…hrp kebun2 bunga pun di hpuskan di kwsan tanh kkm tu…supaya kawasan itu menjadi hak kesihatn di selangor, stu lg jln hospital menjadi jem apabila kebun bunga ada di tepi jln …
Memang banyak lagi kpung pati ni..
Kg baru Hicom Shah alam
Jln jurutera pucung
Bahkan flat2 di Shah alam pun ramai penyebab pati..
Polis n JIM sekadar tutup mata masuk poket
kasi bungkus