Home Dunia Protes kematian Floyd: Perintah berkurung di kebanyakan bandar

Protes kematian Floyd: Perintah berkurung di kebanyakan bandar

Kereta-kereta awam dibakar oleh penunjuk perasaan di Seattles. foto Agensi

WASHINGTON – Perintah berkurung telah dikeluarkan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha membendung pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis susulan kematian George Floyd.

Tunjuk perasaan diadakan secara besar-besaran sehingga polis anti-rusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah setelah penunjuk perasaan membakar kenderaan di beberapa bandar.

Presiden Donald Trump menyalahkan “pengacau’ atas keganasan tersebut.

Floyd, seorang warga Afrika Amerika berusia 46 tahun, terbunuh ketika berada dalam tahanan polis di Minneapolis pada hari Isnin lalu.

Seorang bekas anggota polis, Derek Chauvin, 44, dan rakannya – masing-masing berkulit putih telah didakwa membunuh.

Mereka akan didakwa pada hari Isnin.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, Chauvin dilihat meletakkan lututnya pada leher Floyd beberapa minit menyebabkan mangsa gagal bernafas.

Tiga lagi pegawai polis yang berada pada tempat kejadian turut dipecat.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu membabitkan 30 buah bandar di seluruh Amerika Syarikat.

Di Chicago, para penunjuk perasaan melemparkan batu ke arag anggota polis anti-rusuhan, yang kemudian bertindak balas dengan melancarkan tabung gas pemedih mata.

Beberapa orang turut ditangkap pada hari Sabtu.

Polis di Los Angeles melepaskan peluru getah ketika mereka cuba menyuraikan orang ramai yang melemparkan botol dan membakar kereta polis.

Penunjuk perasaan kemudian berdiri di atas kenderaan polis yang mengalami kerosakan itu.

Untuk hari kedua hari ini, penunjuk perasaan berkumpul di White House di Washington, DC.

Di Atlanta, Georgia pula bangunan-bangunan dirosakkan, oleh itu darurat diisytiharkan untuk beberapa kawasan bagi melindungi orang ramai dan harta benda.

Ribuan penunjuk perasaan juga berjalan melalui jalan-jalan di Minneapolis, New York, Miami, Atlanta dan Philadelphia.

Perintah berkurung semalaman turut diisytiharkan di Minneapolis, Atlanta, Los Angeles, Philadelphia, Portland dan Louisville – antara bandar-bandar lain.

Namun, penunjuk perasaan di beberapa bandar terus melanggar perintah berkurung.

Di Minnesota, beratus-ratus tentera diarahkan mengawal keadaan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump berkata, kematian Floyd telah “menyebabkan orang Amerika dengan ketakutan, kemarahan dan kesedihan”.

“Saya berdiri di hadapan anda sebagai teman dan sekutu bagi setiap orang Amerika yang mencari kedamaian,” katanya.

1 Komen

  1. Sistem demokrasi dua parti ala2 Amerika Syarikat nampaknya sudah lapok, archaic dan sudah tidak lagi relevan. Rakyat minoriti mereka tidak diwakili diparlimen menyebabkan mereka sering menjadi mangsa kaum yang ditindas?

    Mereka patut mencontohi sistem demokrasi pelbagai parti yang diamalkan di Indonesia, Thailand atau Malaysia yang mana kaum2 minoriti mempunyai wakil masing2 didalam parlimen. Ianya lebih menyeluruh!

Comments are closed.