Home Nasional Negara berdepan cabaran peningkatan kes Covid-19 warga asing

Negara berdepan cabaran peningkatan kes Covid-19 warga asing

(Picture for representational purposes only) Foreign construction workers queuing up for their Covid-19 screening following the outbreak at Jalan Batai, Bukit Damansara. PIX: AFIQ RAZALI / MalaysiaGazette / 09 MAY 2020 foreign workers intake Ministry of Human Resources
Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia kini berdepan dengan cabaran baharu peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika dilihat graf kes harian sebenar yang merangkumi semua kes Covid-19 di Malaysia termasuk kes-kes yang dikesan di Depot Tahanan Imigresen serta kes import didapati peningkatan kes harian yang telah menjangkaui unjuran ramalan sebelum ini.

Katanya, peningkatan kes iitu dapat dilihat secara ketara mulai 29 April lalu dan ia disebabkan oleh kes import dari luar negara, penularan kes Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara di beberapa depot tahanan imigresen dan juga dalam kalangan pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalam komuniti.

“Ini bermakna negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu yang perlu kita tangani bersama iaitu peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara.

“Namun golongan bukan warganegara tidak harus disisih dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia. Malahan kita perlu membantu mereka, untuk membantu mengurangkan penularan Covid-19 di negara kita,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, saban tahun, pergaulan dan percampuran rakyat Malaysia dengan golongan bukan warganegara sememangnya terhad namun kehadiran mereka terutamanya pekerja bukan warganegara telah turut membantu dalam memperkasa ekonomi di negara ini.

Beliau berkata, sewajarnya, masyarakat perlu mengenal pasti dan mencari cara penyelesaian bagi menangani isu penularan Covid-19 dalam kalangan mereka.

“Oleh itu, pendekatan seluruh jentara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan juga masyarakat adalah diperlukan agar isu ini dapat ditangani secara menyeluruh.

“KKM ingin menyeru kerjasama semua pihak bagi memastikan kes harian Covid-19 di Malaysia tidak terus meningkat samada di kalangan warganegara Malaysia atau bukan warganegara.

“Ini sememangnya adalah tanggunggjawab bersama
dalam memastikan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia diputuskan,” tambahnya. – MalaysiaGazette