Home Dunia Pasar lembu diserang, 30 maut

Pasar lembu diserang, 30 maut

Pasukan keselamatan mengawal pasar lembu di Kompienga selepas serangan pemberontak. foto Agensi

OUAGADOUGOU – Kira-kira 30 maut di timur Burkina Faso dalam serangan senjata di pasar lembu di sini.

Sekumpulan lelaki bersejata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan di pasar yang penuh sesak di Kompienga, pada lewat tengah hari.

Punca serangan tidak dapat dipastikan tetapi sejak kebelakangan ini Burkina Faso sering berdepan dengan keganasan pemberontak.

Keganasan yang berlaku itu memaksa ratusan ribu penduduk berada dalam kediaman masing-masing.

Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 15 orang mati selepas pemberontak menyerang konvoi peniaga di utara, berdekatan dengan sempadan Mali.

Kerajaan menyifatkan serangan itu sebagai pengganas – frasa yang selalu digunakan ke atas al-Qeda dan IS.

Walaupun kerajaan mengakui berjaya menentang pemberontak namun rasa tidak aman di utara dan timur Burkina Faso meningkat secara dramatik.

Pemberontak sering mensasarkan sekolah, menyebabkan 300,000 kanak-kanak tercicir dalam sistem pendidikan. – MalaysiaGazette