KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan Food Panda yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas dirempuh oleh pemandu kereta yang di bawah pengaruh alkohol awal pagi tadi.
Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.
Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki yang memandu kereta Nissan Livina.
Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ACP Dzulkefly Yahya berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa terbabas di bahu kiri jalan dan motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh lebih kurang dua kilometer dari lokasi dilanggar.
Pemandu berkenaan hanya memberhentikan kenderaan yang dipandu di bawah jejantan Stesen LRT Titiwangsa selepas ditahan orang awam.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.
Pemandu kereta yang berusia 21 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pekerja kedai aksesori itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee dan menjalani saringan ujian pernafasan dan didapati positif alkohol.
Dia kini ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette
Lagi..sampai bila kerajaan nak biar penjenayah2 Mabuk ni.. sekadar denda wang x berbaloi dgn kehilangan nyawa..inilah masa terbaik untuk jatuhkan hukuman paling berat utk kaki2 mabuk ni sebagai peringatan pd yg lain. Yg ada dlm jel n kes yg berjalan ni la peluang kerajaan utk buktikan ketegasan..denda Wang akan dibayar Oleh mereka..penjarakan n gantung lesen Seumur hidup amat wajar utk mereka ni
Umur 21 tahun..mabuk..mangsa kemalangan maut. Paling kurang mesti gantung lesen kenderaan seumur hidup dan dipenjarakan minima 5 tahun.
Hukuman sedia ada sudah tidak sesuai ..kerajaan harus bertidak cepat..rakyat sudah muak..kasihanilah keluarga yg menangung derita..jgn dilayan permintaan ngo yg konon si peminum arak juga ada hak..jgn kita jadi manusia yg tahap kejinya sama dgn syaitan
Harap mati di bls dgn mati juga..
Sudah sampai masanya undang2 dipinda untuk membenarkan orang awam untuk memukul pemandu2 mabuk ini sehingga mati!
Pihak polis wajib menyiasat MEREKA YANG MEMBUNUH ini MUNGKIN penyokong2 tegar PARTI YANG MENGANJURKAN OCTOBERFEST!
Kini mereka mula MEMBUNUH orang2 Melayu terutamanya!!!
Mana2 Raja2, Sultan2, Mufti2, Ustaz2, negarawan2 semua? Bila anda2 semua MAHU BERSUARA?
MATI BALAS MATI LAH NK PENJARA BUAT BUAT APA INGAT DIORG NK INSAF KE LAGI SUKA LA DIORG BUNUH ORG KENA PENJARA JER, KELUARGA YG KEHILANGAN SUMBER MCNMA PULAK SAPA NK TANGGUNGJAWAB..LERAJAAN MASIH NK BERLEMBUT LG KE ATAU NL TUNGGU SAMPAI ADA MENTERI YG KENA BARU NK BERTEGAS.
Penjara mandatori minimum 20 tahun dan disebat!