WASHINGTON – Perintah berkurung dikenakan di Washington susulan peningkatan ketegangan antara penunjuk perasaan dan polis di luar White House ekoran kematian George Floyd yang mati ketika dalam tahanan polis Minneapolis.
Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser berkata, perintah berkurung itu dikenakan pada jam 11 malam hari Ahad hingga 6 pagi Isnin.
Beliau juga mengeluarkan arahan supaya Pengawal Kebangsaan D.C menyokong polis tempatan.
Tunjuk perasaan sudah memasuki hari ketiga di ibu negara Amerika Syarikat (AS), namun kurang teruk berbanding di lain-lain bahagian di negara ini.
Ketua Polis, Peter Newsham berkata, seramai 17 orang ditahan pada malam Sabtu dan 11 orang anggota polis cedera semasa rusuhan.
Floyd, 46, meninggal dunia pada 25 Mei lalu selepas anggota polis kulit putih, Derek Chauvin, menekan lututnya pada leher mangsa walau dia merayu kerana tidak boleh bernafas.
Chauvin telah ditahan dan dikenakan pertuduhan membunuh pada Jumaat lalu.
Rayuan Floyd sebelum kematiannya membangkitkan kenangan yang menyakitkan kepada penduduk Amerika Afrika.
Pada tahun 2014, sebuah telefon bimbit merakam seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata, Eric Garner, berulang kali mengatakan “Saya tidak dapat bernafas” ketika seorang anggota polis New York menahannya sebelum kematiannya dalam tahanan polis.
Sejak itu, ucapan tersebut menjadi sorakan demonstrasi terhadap salah laku polis di AS. – MalaysiaGazette
Sistem dua parti ala2 Amerika Syarikat itu sendiri adalah dilihat TIDAK DEMOKRATIK! Sebaliknya sistem pelbagai parti seperti yang diamalkan oleh negara2 Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah lebih demokratik dimana suara2 kaum minoriti sampai dan diperbahasakan didalam parlimen! Ianya lebih menyeluruh mewakili semua kaum didalam parlimen.
Oleh itu Amerika Syarikat perlukan sistem REFORM dalam skala besar2an. Sistem 2 parti yang tidak demokratik itu dilihat sudah lapok, archaic dan ketinggalan zaman!