Home Nasional 10 pegawai kanan PDRM naik pangkat

10 pegawai kanan PDRM naik pangkat

Polis Diraja Malaysia hari ini menafikan dakwaan wujud kegiatan menculik kanak-kanak ke negara jiran untuk dibunuh dan menjual organ seperti tular di media sosial- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 10 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 6 Julai ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan), SAC Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Forensik, Databank, DNA, Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

“Selain itu, turut dinaikkan pangkat ialah Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Asistant Komisioner (ACP) R. Rajagopal dilantik Ketua Urus Setia (KPN) dengan memangku pangkat Senior Asistant Komisioner (SAC).

Pegawai Turus E2D, Cawangan Khas, ACP Nor Azizi Maarof ditukarkan sebagai Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi di Pulau Pinang.

Asmawati berkata, Superitendan E2D1, Cawangan Khas Bukit Aman. Supt. Datin Nor Hayati Ghazli ditukar jawatan sebagai Pegawai Turus E2D, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

“Pegawai Turus Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Johor, Supt. Muhd Zailani Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Tampoi Johor dengan memangku pangkat ACP.

“Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Selangor, Supt Jamaludin Ali dinaikan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselmatan Komuniti Perancangan (Strategik), Pahang dengan memangku pangkat ACP.

Menurutnya lagi, Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Supt Siti Kamsiah Hassan dinaikkan jawatan sebagai ketua di unit sama dengan memangku pangkat ACP.

Turut dinaikkan pangkat Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket.Siber, JSJ Komersil, Supt Muhamad Tarmizi Awang sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Persatuan.Syarikat) JSJK Bukit Aman dengan pangkat ACP.

Ketua Polis Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah pula bertukar ke Bukit Aman sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran) dengan memangku pangkat ACP.

Manakala, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, DSP Hussin Zamora ditukar menajdi Ketua Polis daerah Kota Tinggi dengan memangku pangkat Supt. – MalaysiaGazette