Home Nasional Armada Wilayah, Selangor pula gesa SPRM siasat Guan Eng

Armada Wilayah, Selangor pula gesa SPRM siasat Guan Eng

Armada Selangor dan Armada Wilayah Persekutuan hadir ke SPRM mengemukakan dokumen kukuh mendesak phak berkuasa menyiasat Lim Guan Eng dan Thommy Thomas.

PUTRAJAYA – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wilayah Persekutuan dan Selangor menyerahkan dokumen bagi menyokong dan memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tindakan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Ketua Armada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zahim Zainal dan Ketua Armada Selangor, Shahmi Shamsudin hadir bersama untuk melaporkan pembongkaran berita Setiausaha Agung DAP itu selaku menteri Kabinet selama 22 bulan didakwa mengarahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan pembekuan akaun milik seorang pemilik hartanah berkaitan 1Malaysia Development Berhad.

“Hari ini, kita ke SPRM untuk melaporkan sebagai meminta penjelasan dan mahukan mereka (SPRM) lakukan siasatan untuk memastikan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

“Penyalahgunaan kuasa tak sepatutnya belaku, ini salah guna kuasa ada keterlibatan Guan Eng dan Tommy  maka kita mahu SPRM supaya menyiasat dan bertindak tegas.

“Semua dokumen kukuh berkaitan isu itu kita serahkan kepada SPRM membolehkan mereka menyiasat secara mendalam aduan kami terhadap kedua-dua individu itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zaim, isu melibatkan Guan Eng bukan lagi perkara baharu memandangkan ia sudah tersebar sejak semalam dan menjadi topik perbualan netizen dan rakyat secara umum.

Tambahnya, apa jua perkara atau isu berkaitan kedua-dua individu kenamaan itu tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.

Justeru katanya, dalam soal berkenaan Armada sangat tegas dan berpaksikan rakyat supaya apa juga isu yang tercetus mengenai sebarang salah laku seseorang pemimpin perlu disiasat dan diambil tindakan tegas.

“Apa sahaja berkaitan kedua-dua individu itu (Guan Eng dan Tommy) sekiranya benar, jangan lepaskan mereka berdua. Armada tegas, bahawa kita mesti ikut undang-undang, kita masih berpegang kepada rule of law.

“Jika salah tetap salah, tidak kisahlah sesiapa pun dia atau apa jua kedudukannya.

“Kita juga akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya setelah selesai urusan di SPRM nanti.kita fokus SPRM dulu,” katanya lagi.

Ditanya sama ada Guan Eng dan Tommy perlu dipanggil segera sementara siasatan dibuka oleh SPRM, Zaim menegaskan, sekiranya aduan disiasat dan didapati ada kebenaran dan kesahihan melibatkan perbuatan kedua-dua mereka, kedua-dua individu itu harus dipanggil segera.

“Satu kemestian mereka wajib dipanggil jika siasatan kelak terbuka benar dakwaaan itu, jika tak dipanggil maka pelik juga nanti,tapi kami yakin ia SPRM tidak akan kompromi dalam perkara ini.

“Bila dipanggil nanti kedua-dua individu itu, maka di situ mereka keluarkan jaapan maklum balas sama ada penafian atau sebaliknya

“Kami ada bawa beberapa dokumen solid untuk berurusan dengan SPRM, kita serahkan segala butiran yang ada di tangan kami,” ujar beliau.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM kena siasat Guan Eng, Tommy kerana selamatkan akaun taikun

 

2 Komen

  1. Bila dah ada banyak aduan, pihak polis WAJIB segera menyiasat!

    Kepada kakitangan kerajaan atau orang2 awam, simpan2lah bukti2 salahlaku penyangak2 ini dan serahkan kepada pihak berkuasa!

Comments are closed.