Home Nasional Bayaran Geran Khas Prihatin 15 Jun ini

Bayaran Geran Khas Prihatin 15 Jun ini

Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semakan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat pada 3 Jun menerusi portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi yang lulus, pembayaran akan dibuat pada 15 Jun menerusi pengkreditan terus ke akaun pemohon.

“Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020,” kata LHDN menerusi kenyataan.

Bagi pemohon yang gagal pula diberi peluang membuat rayuan pada 3 sehingga 15 Jun ini, demi memastikan tidak ada yang tercicir.

“Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020 manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020,” kata kenyataan itu lagi.

Sepanjang tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 sehingga 15 Mei 2020, LHDNM menerima sebanyak 642,976 permohonan dan 488,857 atau 76 peratustelah diluluskan.

Manakala bakinya sebanyak 81,260 permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi dan 72,859 bersamaan 11.3 peratus ditolak. -MalaysiaGazette