Home Nasional DBKL bekukan permohonan baharu lesen minuman keras

DBKL bekukan permohonan baharu lesen minuman keras

cebeba2fa7dabc4e7f7cf9add63c0ef15ed5fb4cc64c6-640x400
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota berkuat kuasa serta-merta.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

Ia susulan berlakunya beberapa kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

Dalam perkembangan lain, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan tempoh sumbangan tunai ‘one-off’ bernilai RM100 bagi setiap unit Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

“Penghuni PA dan PPR boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing selepas tiga hingga tujuh hari bekerja dari tarikh mereka mendaftar.

“Permohonan boleh dibuat menerusi eperumahan.dbkl.gov.my/sumbangan sebelum 30 Jun dan sebarang permohonan selepas tarikh itu tidak akan dilayan,” katanya.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts