Terdapat satu kes kluster baharu Covid-19 yang berjaya dikesan oleh Kementerian Kesihatan di sebuah Pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster baharu itu dikenalpasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.