Seorang pengurus bar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan empat pertuduhan termasuk merusuh dan menyerang polis menggunakan kerusi di Balai Polis Jalan Tun H.S.Lee pada 21 Mei lalu.
Tertuduh, Leng Kar Loon bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas keempat-empat pertuduhan di dua mahkamah berbeza.
Tertuduh berusia 38 tahun itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Barulah hebat.. Ni yg menaikkan semangat ni.. good luck