Home Nasional Kes kehilangan wang Syed Saddiq : Pemimpin Armada ditahan – SPRM

Kes kehilangan wang Syed Saddiq : Pemimpin Armada ditahan – SPRM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berhubung kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penahanan berkenaan disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Beliau berkata, suspek ditahan petang semalam selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung kes berkenaan.

“SPRM menolak sekeras-kerasnya tangkapan terhadap suspek disebabkan motif politik dan dalam kes ini, SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun Armada.

“Oleh itu, siasatan diteruskan menerusi tangkapan ke atas suspek manakala suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Ahad ini (7 Jun 2020),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 117, Kanun  Acara Jenayah.

“Saya menggesa masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan tangkapan ini dan ia bertujuan untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang sedang SPRM laksanakan,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq, susulan itu SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas. – Bernama

2 Komen

  1. Suruh dia kahwin dan jadi matanglah;. Jangan main dengan wang dan perasaan orang, nanti bahaya akan menimba kamu Sayed Saddiq. Dulu ada peluang untuk lanjutkan studi sampai ke peringkat Ph.D siap dengan biasiswa tak nak pula. Kata kau nak berbakti pada rakyat. Lihat apa anda dan mentor anda(atok) dah buat pada negara. Kami yang tidak berdosa (innocent) menderita kerana ekonomi dihancurkan oleh PH. Dulu atok, Maszlee dan awak pula yang kata “Rule of Law”, “No One is Above the Law” ,”Good Governance”, akhirnya apa kau orang buat pada negara. Tidak lain daripada ‘Hancur, Hancur, Hancur! Jual,Jual,Jual! Saya selalu terfikir kenapa anda-anda ini tidak pernah mengaku kesalahan kamu dan insaf. Kalau rakyat jelata (satu Malaysia) tahu kerosakan yang dilakukan oleh PH, kenapa anda tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Kalau macam ini, apa gunanya berpelajaran tinggi, benda yang mudah faham pun anda dan geng-geng PH tidak faham. Saya doakan semoga PH tidak lagi akan jadi kerajaan lagi. Dalam PRU-15 akan datang rakyat akan menolak serpihan Parti Bunga kamu, DAP, Amanah dan PKR. Kalau doa ini dimakbulkan dan menjadi kenyataan, rakyat Malaysia akan rasa lega dan boleh tarik nafas, ameen! May God save Malaysia from Mahathir and the evil leaders of PH.
    p.s I am apolitical person (tidak terlibat dalam politik), but I love Malaysia and the people. Regardless of what race or religion, we must learn how to co-exist as a great nation. Look at the way we have dealt with Covid-19. The world is praising us, but only PH is saying the we have failed. In order for the country to prosper we have to reject PH. There is no two ways about it. Please make up your mind guys. Don’t make the the same mistake like in PRU-14. Kali ini, kita harus hati-hati even to the last minute.

Comments are closed.