KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan hari menafikan dakwaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang dakwaan yang mengatakan Covid-19 tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit.
Datuk Seri Adham Baba berkata, Covid-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342.
Ia melibatkan klausa “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pandemik baharu di bawah Jadual Pertama ini jelasnya menyenaraikan Covid-19 sebagai penyakit berjangkit yang mana apa-apa keputusan perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342.- MalaysiaGazette