KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Jangka Pendek esok berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak sektor terjejas.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen dan juga media sosial.
Muhyiddin yang kembali ke pejabat hari ini selepas selesai menjalani kuarantin selama 14 hari akan membuat pengumuman itu pukul 3 petang.
Rakyat Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan berakhir Selasa ini. – MalaysiaGazette