Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 35 pegawai kerajaan yang mengadakan pasca mesyuarat Kabinet pada 22 Mei lalu disahkan bebas jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mereka sudah dibenarkan untuk kembali meneruskan tugas masing-masing.
“Hari ini adalah hari ke 14 mereka dikuarantinkan, kita telah ambil ujian saringan dan didapati negatif (kali kedua) jadi mereka akan merupakan tugas-tugas mereka di pejabat.
“Tidak seorang pun yang positif,” katanya dalam sidang media harian di KKM, hari ini.