Home Utama Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM tekan pembangkang

Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM tekan pembangkang

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media khas berkenaan isu politik yang melanda negara ketika ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 05 JUN 2020

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional  menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan kepada pembangkang.

Bekas perdana menteri mengaitkan dakwaannya itu dengan tindakan SPRM menjalankan siasatan ke atas seorang ahli Armada bersabit kehilangan wang di kediaman ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Mac lalu.

“Kita sedang melihat beberapa jabatan kerajaan yang digunakan untuk memberi tekanan. Beberapa jabatan kerajaan disalahgunakan, seperti apa yang dilakukan oleh SPRM.

“Cara penyiasatan SPRM tehadap Armada adalah salah. Salah seorang daripada mereka ditahan beberapa hari, ada yang disiasat di dalam gelap di sebuah bilik dengan empat lelaki, dihubungi, disoal siasat sampai pagi, ia merupakan tekanan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Menurut Dr Mahathir, strategi tersebut juga dilaksanakan oleh PN terhadap sesiapa sahaja yang menentang kerajaan.

Katanya, oleh kerana tidak dapat menggunakan polis untuk memberi tekanan disebabkan ianya badan yang bebas dan melaksanakan kerja dengan baik, maka PN tidak ada cara lain selain mempergunakan SPRM.

Namun beliau berikrar akan terus mendedahkan setiap tindakan kerajaan yang tidak berlandaskan kepada integriti dan tidak menolak kemungkinan menggunakan media asing sebagai platform.

“Kerana polis menjalankan kerja dengan baik, jadi mereka tidak gunakan polis. Mereka gunakan SPRM. Kita harap dan akan terus dedahkan perkara yang salah,” ujarnya.

Untuk rekod, seorang  lagi ahli Armada ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes kehilangan wang tunai RM250,000 di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Penahanan terbaharu oleh SPRM itu dibuat dua hari selepas Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali ditahan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali lelaki itu kini ditahan reman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan dalam akaun Armada.

Beliau turut menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM bukan bermotifkan politik. -MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Semasa lantikan politik yang di lakukan oleh mahathir terhadap Ketua Pengarah SPRM Latifah Koya dan AG Tommy Thomas tiada pula bunyi bising daripada rakyat walaupun jelas ianya di gunakan mahathir sebagai instrumen terhadap musuh politik beliau.Mangsa mahathir seperti Najib,Zaid,Tengku Adnan dan banyak lagi telah mengalami trauma dan kini khisas terhadap mahathir kesan daripada dosa-dosa basah beliau menghantui siang dan malam dan mahathir sedang mendapat balasan akibat perbuatan durjananya.Kelam kabut mahathir dengan mengalami kesan risiko hasil rekaan dan ciptaan sendiri lalu mahu menyeret rakyat untuk menyokong proses balas dendamnya kini namun di pandang sepi oleh rakyat jelata.Rakyat sudah muak dengan opera wayang kulit mahathir kononnya meraih simpati dan kononnya nak membela rakyat.Ini sudah jelas nak kekal membela kroni-kroni dan anak beranak sendiri kerana pembongkaran dosa-dosa beliau akan menghantui mahathir sedang bermula.Kepada mahathir selamat maju jaya dalam mennyelamatkan diri,kroni dan ahlul bait.

  2. Muda remaja lagi sudah punyai CASH RM250,000 simpan dalam rumah?

    Ramai yang tertanya2 dan nak tahu dari mana dapat duit ratusan ribu ringgit itu, ITU SAHAJA?

    Salah ke SPRM nak siasat?

  3. Org tua tu dah tak sdr apa yg dia ckp tu..ksian org tua ni..hrap2 Allah bg hidayah kpd nya sblum mati…

  4. Tak payah la kau cakap tuk,, kau dulu apa kurangnya,, dlm
    masa 22 tahun perintah dulu pun asik nak menekan pembangkang je,, mana yg tak sebulu pasti akan dicantas,, bukannya setakat gunakan sprm,, polis pun dipergunakan,, tak ingat ke dlm peristiwa memali Sampaikan sanggup membunuh insan yg tak berdosa.. Seorang guru pondok pulak tu,, yalah kan atok pernah Cakap,, melayu mudah lupa,, melayu malas.. Bila nakkan kuasa semuanya mengharapkan parti orang melayu bantu ..bila dah dpt kuasa cakap melayu malas,,,, nak bantu pun bagi rm 30 hinggit aje,, cukup la tu tok,, orang melayu Islam tak pernah lupa,, 22 bulan perintah bersama dlm Kerajaan pH,,, asik nak jual harta orang Islam aje ,,hinggakan tergamak nak usik harta dlm tabung haji milik umat Islam.. Takdok pulak aku dengar cerita 22 bulan perintah,, jual harta milik org non Muslim..!! Andaikata 5 tahun perintah,, tak tau pulak apa akan jdi
    ..

  5. Dulu masa kau jadi kerajaan kau guna sprm untuk tekan pembangkang. Kau tak ingat ke kau suruh kak tipah dan tommy apa untuk teksn najjb dan keluarga abang zahid dan keluarga. Ohh. Lupa kau dah tua nyanyok dan tak ingat apa gau cakap dan buat. Elok tempah bilal untuk baca talkin nanti.

  6. Masa PM4, Madey tekan orang yang tidak setuju dengan dia menggunakan ISA (Ops Lalang), zamam PM7, Madey menekan musuh politiknya dengan SPRM dan PDRM melalui mereka yang dia lantik bagi melaksanakan kejahatannya. Sedangkan segala kecurangan dia terlepas begitu saja.

  7. Hanya mati saje yg boleh membuat org tua ni diam..hanya mati saja virus madey ni akan terkubur sekali..
    Tiada vaksin yg blh sembuhkan virus PHD org tua nyanyuk ni

  8. Orang tua ini memang lidah bercabang. Kuat pusing cerita. Kita pun akan pening dengan penghujjahannya. Dulu dia pakai AG, Lateefah Koya, Ketua Polis Negara tekan dan ugut orang habis-habisan. Dia beli orang dari UMNO masuk parti dia. Siapa tak ikut dia, dilemparkan tuduhan rasuah( charge him in court) Mengarut betul orang tua ini. Dia punya pusing boleh cakap satu dunia tak betul, hanya dia saya yang betul, tak pernah salah, tak pernah korupsi, tak pernah ada konspirasi, dll. Tertanya-tanya saya, orang tua ini tak takut pada Allah dan hari akhirat.

Comments are closed.