Home Politik “Saya tiada masalah dengan Anwar, mungkin dia ada masalah dengan saya”

“Saya tiada masalah dengan Anwar, mungkin dia ada masalah dengan saya”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah  dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun bekas Perdana Menteri itu menambah, beliau tidak tahu sekiranya Anwar yang mempunyai masalah terhadapnya.

“Saya tiada masalah dengan Anwar. Mungkin dia ada masalah dengan saya.  Itu kamu kena tanya dia (Anwar)” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang sejauh manakah hubungannya dengan Ketua Pembangkang tersebut apabila beliau kerap tidak hadir dalam pertemuan gabungan itu yang dihadiri Anwar.

Pakata Harapan dalam hantaran di laman Facebooknya semalam memuat naik beberapa gambar pertemuan dengan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Anthony Loke dengan kapsyen gambar ‘Insya Allah perubahan besar dalam masa terdekat’.

Hantaran tersebut turut dikongsi di Facebook Anwar.

Kedua-dua pemimpin itu sejak kerajaan Pakatan Harapan terbubar dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN) sebingga kini masih belum kelihatan bersua muka.

Anwar yang merupakan ketua pembangkang  juga tidak hadir dalam sidang media yang dipengerusikan Dr Mahathir selepas pembukaan Sidang Dewan Rakyat dengan alasan ia bukanlah anjuran Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

+ posts

2 Komen

  1. Watak2 utama novel SHIT yang telah terpelanting dari UMNO nampaknya belum lagi berakhir!

    Kini berantakan, saling kemut mengemut menyingkirkan sesama sendiri!

    Novel karya sasterawan Allahyarham Shahnon Ahmad ini hanyalah sebuah novel STIRA rakyat! Menarik untuk dibaca!

Comments are closed.