Home Dunia Turki bina kapal perang lebih besar, dijangka beroperasi 2023

Turki bina kapal perang lebih besar, dijangka beroperasi 2023

ANKARA – Turki merancang membina kapal perang yang merupakan sebahgian daripada program MilGem (singkatan untuk (Milli Gemi – atau Kapal National) dengan kebanyakan bahannya diperoleh dari dalam negara.

Pembinaan kapal perang kelas Istanbul, dengan 75 peratus sumber bahannya diperoleh dari dalam negara berbanding kapal perang kelas Ada dengan 72 peratus menggunakan bahan tempatan, menurut maklumat yang diperoleh wakil agansi berita, Anadolu.

Dua pertiga daripada kira-kira 80 kontraktor yang membekalkan sistem untuk kapal perang kelas Istanbul itu adalah syarikat tempatan.

Turki mula merancang pembinaan kapal perang kelima, kapal perang kelas Istanbul, selepas kapal perang, TCG Kinaliada mula beroperasi pada tahun lalu.

Perbezaan utama antara kapal perang kelas Istanbul dan kelas Ada ialah perubahan pada perkakasan dan tambahan sistem persenjataan.

Berikutan perubahan itu, saiz kapal dipanjangkan sebanyak 10 meter dan terdapat beberapa perubahan pada struktur.

Kapal perang Turki ini dijangka beroperasi pada September 2023. – Agensi