Home Nasional Kuatkuasa PKPD sekiranya kes Covid-19 dikesan semasa tempoh PKPP

Kuatkuasa PKPD sekiranya kes Covid-19 dikesan semasa tempoh PKPP

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menyusul serta merta sekiranya sebarang kes jangkitan Covid-19 baharu dikesan di sesuatu lokaliti atau kumpulan bersasar sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, itu peringatan tegas pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan yang akan memantau pergerakan rakyat terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Awam yang ditetapkan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Menurutnya, Permodelan Rnought (R0) sebelum PKP menunjukkan tahap kebolehjangkitan pada seseorang itu adalah 3.55 tetapi pelaksanaan PKP dan juga PKPB berjaya melandaikan lengkungan penularan daripada naik mendadak sehingga Rnaught diturunkan kepada 0.3 kebolehjangkitan selain kepatuhan tinggi rakyat terhadap SOP yang banyak membantu.

“Jika kita tidak SOP sudah pasti ia meningkat kepada Rnought 1.6 peratus namun walapun sudah empat minggu selepas Hari Raya (Aidifitri) berjaya mengekalkan Rnought pada 0.3 peratus sehingga membantu kita membuka lebih banyak sektor ekonomi, sosial, perniagaan dan sebagainya.

“Namun sepanjang PKPP bermula 10 Jun nanti kita tetap kena memantau sebab kita sedar virus tersebut berada dalam komuniti dan kita menyarankan rakyat ambil serius dan patuh sepenuhnya kepada SOP dan kalau kepatuhannya tinggi ada peluang kurangkan lagi Rnought kurang 0.3 peratus.

“Kita menjangkakan sekarang kalau tempoh PKPB sebulan ini dapat lihat kes tak meningkat mendadak dan kekal dua angka dan satu angka melibatkan rakyat tempatan.

“Jadi kita masih akan memantau dan mengawasi sehingga 31 Ogos nanti, kalau ada jangkitan di sesuatu lokaliti ataupun kumpulan sasar, kita akan melaksanakan samada PKPD atau PKPD separa (secara pentadbiran) S-EMCO di sesebuah kawasan jangkitan baharu termasuk saringan penghuni dan pengesanan kes positif diikuti pengasingan akan dilaksanakan,” ujar dalam sidang media hari ini.

Tambah Noor Hisham, pemantauan dan pengawasan kepatuhan rakyat di seluruh negara akan dilaksanakan secara berterusan dan berpanjangan tanpa kompromi 31 Ogos ini.

“Kalau kita sampai 31 Ogos nanti mendapati kes jangkitan baharu Covid-19 terus kekal pada dua angka atau satu angka seperi sekarang, maka kita boleh merancang exit strategy (jalan keluar).

Exit strategy yang kami akan rancangkan berdasarkan perkembangan rekod Covid-19 nanti akan menggunapakai Akta 342 yang dikuatkuasakan ketika ini sejak PKP lagi.

“Sekarang ini penguatkuasaan dan pemantauan seluruh negara kita menggunakan Akta 342 menerusi pasukan keselamatan polis, tentera, Rela, Maritim Malaysia dan sebagainya kerana ia penting supaya kita dapat merancang strategi pengeluaran untuk melaksanakan fasa pemulihan atau soft landing sebelum kita membuka semua sektor sepenuhnya dengan selamat,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jika kes Covid-19 naik, kerajaan tak teragak-agak laksana PKPD

+ posts