PETALING JAYA – Nampaknya hampir setiap hari terdapat pemandu yang ditahan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sejak operasi sekatan jalan raya Op Alkohol dilaksanakan dari 27 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semasa sekatan jalan raya bermula antara 11 malam semalam hinga 3 pagi tadi, seramai 280 orang pengguna telah ditahan.
“Sebanyak 280 kenderaan diperiksa semasa sekatan jalan itu dan daripada jumlah itu empat orang pemandu diperiksa kadar kandungan alkohol dalam badan menggunakan alat khas oleh polis.
“Hasilnya, keempat -empat individu berusia antara 25 hingga 54 tahun itu telah ditahan kerana memandu kenderaan dengan kadar kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan iaitu 80 miligram per 100 mililiter,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa yang sama, kata Nik Ezanee, polis turut mengeluarkan sebanyak lapan saman atas pelbagai kesalahan trafik.
“Kesemua mereka ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hasil tinjauan menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan polis akan teruskan operasi ini khususnya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan pentadbiran polis daerah Petaling Jaya.
“Fokus utama kami adalah bertujuan membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sehingga membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
Negara kita je masih berlembut dgn pemandu yg memandu dlm keadaan pengaruh alkohol. Di luar negara conth spt di Negara Jepun rakyat mereka amat takut dgn undang2 negara mereka. Jika bersabit kesalahan memandu hukuman yg bakal mereka terima adalah pengantungan lesen memandu mereka. Bayangkn keesokan harinya tak blh memandu kenderan mereka lagi. Isteri 2 mereka lah yg jadi driver mereka plk. ^-^