WELLINGTON – New Zealand akan menarik hampir semua peraturan sekatan koronavirus dalam beberapa jam lagi selepas melaporkan sifar kes jangkitan Covid-19.
Negara ini bakal melaksanakan tahap satu – sistem amaran terendah menjelang tengah malam.
Di bawah tahap satu, penjarakan sosial akan ditarik balik dan tidak ada had jumlah individu yang berhimpun.
Bagaimanapn sempada negara masih ditutup.
New Zealand bebas dari jangkitan koronavirus lebih daripada dua minggu.
“Walaupun kita berada dalam posisi yang lebih selamat dan kuat, masih belum ada jalan yang mudah untuk kembali ke kehidupan pra-Covid-19, tetapi tekad dan fokus yang kita berikan kepada tindak balas kesihatan membolehkan kita membina semula ekonomi,” kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern.
New Zealand pertama kali melaksanakan sekatan perdegrakan pada pada 25 Mac, dengan empat peringkat sistem amaran yang mana tingkat empat, kebanyakan perniagaan dan sekolah ditutup.
Selepas lebih lima minggu, negara ini beralih ke peringkat tiga pada bulan April dengan membenarkan orang ramai memberi makanan di luar dan membuka beberapa perniagaan bukan utama.
Dengan kes jangkitan terus berkurangan, New Zealand melangkah ke peringkat kedua pada pertengahan Mei.- MalaysiaGazette