Home Dunia Pakistan lulus projek naik taraf landasan dengan China

Pakistan lulus projek naik taraf landasan dengan China

ISLAMABD- Pakistan meluluskan projek menaik taraf laluan keretapi di antara Peshawar dan Karachi bernilai AS$7.2 bilion di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

Kelulusan untuk menaik taraf landasan keretapi sejauh 1,872 kilometer dari Peshawar ke Karachi merupakan satu lonjakan besar bagi fasa kedua CPEC, kata Pengerusi Lembaga CPEC, Lt. Gen (rtd) Asim Saleem Bajwa.

Landasan utama akan menyambungkan bandar di selatan China, Kashgar dengan Pelabuhan Gwadar di pesisir barat daya wilayah Balochistan.

Presiden China Xi Jinping dijangka merasmikan projek berkenaan semasa lawatan beliau ke Pakistan nanti.

Projek berkenaan termasuk modenisasi landasan keretapi dari barat laut Peshawar ke Karachi Selatan sejauh 1,872km dan peningkatan kelajuan tren penumpang dari 110km sejam kepada 160km sejam.

Tambah Bajwa, kelulusan tersebut membuka jalan kepada rundingan akhir dengan China untuk membiaya projek berkenaan dengan pengetahuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) manakala Bank Dunia pula mengaitkan kejayaan projek itu dengan reformasi urus tadbir dalam pengurusan landasan keretapi.- Agensi