Home Nasional UM tutup pintu masuk dan keluarnya kepada awam

UM tutup pintu masuk dan keluarnya kepada awam

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) akan menutup pintu masuk dan keluar kampus itu kepada orang awam sebagai langkah berjaga-jaga, demi keselamatan komuniti kampusnya daripada penularan COVID-19.

UM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pintu masuk dan keluar universiti itu kini hanya boleh digunakan kakitangan, pelajar, kakitangan Pusat Perubatan UM dan Pusat Pakar UM, sehingga satu tempoh dimaklumkan.

“Kampus adalah tertutup kepada orang awam. Pelawat memasuki kampus untuk perkara rasmi, e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan, dikehendaki untuk mendaftarkan diri kepada pegawai keselamatan di pintu masuk kampus,” katanya.

— BERNAMA