Home Utama 269 warga Rohingya ditahan, satu mayat ditemukan di dalam bot

269 warga Rohingya ditahan, satu mayat ditemukan di dalam bot

KUALA LUMPUR – Entah angkara siapa atau sengaja dirancang, seramai 269 pendatang asing tanpa izin etnik Rohingya yang menceroboh perairan negara tidak dapat diusir apabila bot yang dinaiki mereka mengalami kebocoran teruk dipercayai akibat perbuatan yang disengajakan.

Kesemua mereka yang ditahan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 5 pagi tadi kini dtahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.

Pihak berkuasa turut menemui satu mayat wanita ketika Op Benteng itu dijalankan.

National Task Force (NTF) dalam kenyataannya malam ini berkata, Pegawai Pemerintah Maritim Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi telah menerima maklumat terdapat cubaan menceroboh perairan Langkawi oleh bot PATI Rohingya semalam.

Bertindak atas maklumat berkenaan, sebuah bot RH 9 dari Pasukan Polis Marin dan Kapal Maritim (KM) Kimanis dari APMM telah diatur gerak ke kawasan terlibat untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengusiran.

“Pada 8 Jun sekitar jam 5 pagi KM Kimanis telah berjaya mengesan lokasi serta memintas bot tersebut di perairan Langkawi dan bersedia melaksanakan proses pengusiran bot tersebut ke perairan antarabangsa.

‘Ketika KM Kimanis menghampiri bot tersebut seramai 53 orang PATI Rohingya telah terjun ke laut berenang menuju ke pantai tetapi kesemua mereka telah berjaya ditahan oleh pihak APMM yang telah bersedia di atas daratan.

“Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 orang PATI Rohingya dan satu mayat wanita dijumpai di dalam bot tersebut.

“Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati kesan bot telah sengaja dibocorkan dan enjin bot tersebut juga mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaiki,” kata NTF.

Tambah NTF, kerosakan yang dialami oleh bot tersebut menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan oleh pihak berkuasa di Langkawi.

Bagaimanapun, NTF menjelaskan bahawa KM Kimanis telah memberikan bantuan berupa makanan dan air bersih yang secukupnya kepada kesemua PATI Rohingya tersebut.

Atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi manakala kesemua 269 orang PATI kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.

Mayat PATI wanita yang dijumpai atas bot telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

NTF yang melaksanakan Op Benteng secara bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan yang lain komited dalam memastikan sempadan perairan dan daratan negara tidak dicerobohi oleh
PATI atau anasir asing demi memelihara kedaulatan dan kesejahteraan negara.

Sehingga 7 Jun llau, seramai 396 PATI, 108 tekong dan 11 penyeludup telah ditahan, manakala seramai 140 PATI, 6 tekong dan 22 buah bot telah diusir ketika cuba mencerobohi sempadan negara.

NTF juga menggesa masyarakat memberi kerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan aktiviti anasir asing sama ada melibatkan PATI, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF (011-6251 1223).

“Kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai dalam usaha memastikan operasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” tegas NTF.

6 Komen

  1. Tak boleh di biarkan modus operandi pati roghinya bebas melakukan tindakan sesuka hati menceroboh negara dengan berbagai taktik dan tindakan pengusiran kadar segera perlu di ambil oleh MKN dan Kerajaan Malaysia.Sudah pasti taktik ulangan akan berlaku lagi oleh pati roghinya.

  2. taktik baru untuk mengelak pengusiran!kemungkinan akan jadi ikutan pada yang lain…

  3. Kenapa tak pergi ke negara2 kaya dan maju seperti singapura? Populasi singapura 25 tahun dulu 3 juta lebih…dalam masa singkat mereka tambah populasi kpd 6 juta lebih…kebanyakan kerakyatan yg diberi kpd warga CHINA supaya majority cina bertambah dan Melayu menjadi minoriti yg sangat insignifikan di singapura.

    Warga China yg diberi kerakyatan ada yg berkerja sebagai buruh shj. Tak boleh berbahsa English…cuma mandarin shj tetapi dikira cukup qualification untuk menjadi rakyat singapura. Nak berbahsa Melayu jauh lagi la. So kalau boleh ditambah 3 juta penduduk dalam masa yg singkat, kenapa tak ambil rohingya sebagai buruh juga dan latih mereka dan beri anak2 mereka persekolahan yg hebat di singapra. Konon negara yg hebat dan kaya dan maju…skrg tunjuklah kehebatan kamu dgn membantu rohingya ni! Knp Malaysia MESTI terima pelarian2 ni dan singapura tak perlu?

  4. Puak2 bangla, rohingya dan sejenisnya kuat putar belit dan menipu kita tak perlu orang2 macam ni lagi di negara kita. Tolong perketatkan patrol sempadan pengairan di utara. Mungkin negara2 tetangga sengaja menolak mereka ke pengairan kita. Jangan ambil mudah benda2 ni. Australia sejak awal tegas tak beri mereka melanggar pengairan mereka se inci pun.

  5. usah berlembut lagi,
    rakyat kini dalam keadaan risau dengan bilangan warga asing di dalam negara,
    usah berlembut lagi,
    negara kini sedang bertungkus lumus menghentikan wabak C19,
    jgn kerana pendatang haram ini,
    negara bakal menghadapi kesusahan,
    tahniah kepada agensi penguatkuasaan sempadan,
    teruskan memantau sempadan negara daripada pendatang haram,
    bertegaslah kerana mereka melanggar undang2 negara

  6. Harap pihak bkuasa hantar pulang anjing2 rohinya ni..kami tak pluknorg mcn anjing ni…dia ingat mlysia ni mak bapak dia punya ngra ke..suka2 hti masuk…harap berti dak dgn cepat n pa tas.bgus dgn pguakuasa btindak dgn baik…

Comments are closed.