KUALA LUMPUR – Pelakon Ardell Aryana dilaporkan mengalami pendarahan teruk sehingga dia mengalami muntah-muntah tanpa henti sebaik sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.
Berita itu dikongsikan menerusi Instagram milik anaknya yang memaklumkan Ardel muntah kemudian pengsan.
Malah, Ardell dapat memeluk anaknya selepas tiga hari bersalin.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan.
“Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulis status itu yang dipercayai suami, Nadzmi Adhwa.
Jumaat lalu, Nadzmi berkongsikan berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya bertarung kesakitan selama lebih 16 jam.
Bagaimanapun, sehingga kini jantina bayi itu masih tidak didedahkan lagi. – MalaysiaGazette