KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi lesen perniagaan percuma selama setahun bermula bulan ini di Labuan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan perkara itu memberitahu, lesen tersebut akan diberikan kepada penduduk tempatan samada suri rumah, anak muda atau sesiapa yang ingin mulakan perniagaan.
“Di Labuan, saya mahu penduduk tempatan segera menikmati pemulihan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).
“Keadaan Kos Sara hidup yang sememang tinggi, saya minta Perbadanan Labuan (PL) memberi Lesen Penjaja percuma (Jun 2020 hingga Jun 2021),” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Difahamkan, Annuar mengadakan sesi dialog dengan Dewan-Dewan Perniagaan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Perbadanan Labuan malam tadi. – MalaysiaGazette