Home Nasional Kuarantin di rumah sebab kos hotel mahal

Kuarantin di rumah sebab kos hotel mahal

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Langkah membenarkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah sendiri disebabkan kos penginapan yang tinggi untuk tinggal di hotel.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kaedah itu diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selain ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Katanya, keputusan itu itu juga dibuat selepas mendapati peratusan rakyat dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari luar negara adalah kecil.

“Dengan kadar (positif) yang rendah, kita rasa ada baiknya membenarkan mereka menjalani kuarantin di rumah. Memang ia diterima pakai WHO.

“Walaupun kuarantin di rumah, kita masih boleh memantau kerana mereka dikehendaki mendaftar dalam aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya hari ini. .

Menurut Noor Hisham lagi, dengan adanya aplikasi itu juga, pihaknya boleh menggunakan dan memberi gelang tangan untuk mereka dikuarantin selama 14 hari serta membuat pemantauan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette