KUALA LUMPUR – Ibu dan bapa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Ia berkait siasatan kes kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 di rumahnya baru-baru ini dan dipercayai kali keempat mereka disiasat oleh SPRM.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ibu bapanya sentiasa bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa.
“Ada orang buat cerita Mama dan Abuyah tidak bekerja dan menuduh mama dan abuyah bukan-bukan. Anak-anak didik mama selama 38 tahun lepas boleh jadi saksi betapa berdedikasinya Mama bekerja sebagai seorang guru.
“Saddiq tahu walaupun Mama dan Abuyah tidak tunjuk tetapi Mama dan Abuyah terkesan dengan tuduhan bukan-bukan ini.
“Jangan risau Mama. Jangan risau Abuyah. Kita sekeluarga di pihak yang benar. Tuhan bersama orang-orang yang benar,” katanya dalam media sosialnya hari ini.
Syed Saddiq juga berkata, hari ini kali ke empat ibu dan bapanya dipanggil SPRM dan beliau tidak dapat menemaninya kerana ada tugasan.
Seterusnya Syed Saddiq mendoakan kekuatan kepada mereka sepanjang disoal siasat SPRM.- MalaysiaGazette
Hehehe… Jangan buka kurap didada sadiq sigaraga, kalau bersusah payah kumpul duit 38 tahun, kenapa pulak boleh senang senang simpan bawah bantal. It won’t jive lah sadiq sigaraga. Buatlah cerita sang kancil jumpa kura2…lagi best.
Kalau benar susah payah cari duit, orang akan simpan dibank… Nak pakai duit baru dikeluarkan. Kan boleh transfer interbank kat kontraktor, pakai cek pun boleh.
Hehehe… Tukar citer lah… Siluncai terjun dengan labunya…biarkan biarkan
Sekarang baru tau tertekan. Memang sumpah laknat DSNR kena tempias pada semua pemfitnah.
Siasat sekali atok nenek dia.. atok angkat ke lau ada.. mana tau wit pusaka, wit sedut ke…
Sedeq SadenKera rompak duit berguni guni ke? Macam terfitnah jer kerana dia tu aww aww tisu lombut.. bawa duit seratus pun biasa suruh pembantunya bawa sebab berat takut koyak.
Mam san bapsk dia tak beri didikan ugama ke tentang hukum hala dan haram. Ni kena hukum potong tangan ni. HUDID.