KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau badan bebas lain dicadangkan supaya meneliti kes-kes yang didakwa atau yang digugurkan oleh Tan Sri Tommy Thomas.
Ia perlu untuk menilai semula sama ada keputusan yang dibuat semasa menjadi Peguam Negara sebelum ini ada unsur-unsur campur tangan politik atau bertindak berdasarkan arahan haram.
Datuk Seri Najib Razak mengusulkan perkara itu selepas mahkamah membebaskan Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah hari ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Musa didakwa oleh Peguam Negara yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung pindaan dana di luar negara yang berlaku antara 2004 hingga 2008.
Bagaimanapun kes Musa ini tidak pernah didakwa di luar negara walaupun pindaan dana itu berlaku di luar negara dan bukan dalam Malaysia.
Malah, pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong (ICAC) telah berkali-kali menjawab kerajaan Malaysia termasuk kerajaan PH bahawa tiada kes yang boleh didakwa ke atas Musa mengenai pindaan dana ini.
Sehingga awal tahun ini, ICAC masih tetap dengan pendirian tiada unsur kesalahan rasuah berhubung kes Musa walaupun berulang-kali ditanya oleh pihak SPRM dan pendakwa raya kerajaan PH.
Bagaimanapun, katanya, surat-surat berhubung nyah beku akaun bank taikun pemaju hartanah yang telah terdedah baru-baru ini membuktikan Tommy bukanlah neutrak kerana bertindak berdasarkan arahan Lim Guan Eng serta Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini diperkukuhkan dengan tindakan PH merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Musa walaupun beliau sudah mengangkat sumpah.
Musa telah mencabar keputusan Yang di-Pertuan Negeri Sabah yang melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri 48 jam selepas Musa angkat sumpah untuk jawatan yang sama.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menetapkan keputusan kes pada 7 November 2018.
Tetapi, kata Najib, dua hari sebelum keputusan hakim untuk menentukan siapa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa atas sebab-sebab yang hanya mereka ketahui, telah membuat keputusan untuk menangkap dan mendakwa Musa.
”Ini jelas menujukkan ‘political persecution’ (pendakwaan politik) dan pendakwaan berniat jahat,” kata beliau.
Fakta ini, jelasnya, diperkukuhkan lagi apabila pada 5 Mac, 2019, Timbalan Pendakwa Raya melalui penyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan yang mengesahkan keputusan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani bahawa tiada kes ke atas Musa.
Walaupun Musa didakwa pada 5 Nov 2018, kes dia tidak pernah melepasi fasa pengurusan kes dan tidak pernah dibicara sehari pun sehingga kini kerana ia telah ditangguh berulang kali oleh pendakwa raya dengan alasan mereka sedang menunggu bukti baru.
Malah Musa telah dibebaskan untuk lima daripada dakwaan ke atasnya pada 18 Oktober 2019 masa kerajaan PH kerana pendakwa raya gagal mendapat bukti baru.
”Keputusan untuk mendakwa Musa masa kerajaan PH adalah berdasarkan bukti-bukti dan hasil siasaan sama yang telah dipertimbangkan oleh Abdul Gani mantan Peguam Negara, Tun Abd Majid bin Dato’ Haji Tun Hamzah, mantan Ketua Bahagian Pendakwaan, Tan Sri Abu Kassim Mohammad, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Datuk Seri Mustafar Ali mantan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.
”Keputusan untuk tiada kes untuk didakwa masa itu juga dipersetujui oleh seluruh Panel Penilaian Operasi SPRM.
”Pihak pembelaan juga telah memfailkan Afidavit baru dari mantan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengesahkan kes ke atas Musa Aman adalah tidak berasas,” jelasnya.
Najib berkata, cadangan yang dibuat itu selepas mengambil kira Tommy terlalu mudah membuat keputusan mahu mendakwa sesiapa walaupun bukti langsung tidak cukup sehingga membebankan individu yang kena tuduh. – MalaysiaGazette
Inilah kawan yang sebenar. Sendiri susah tapi masih menolong kawan2 lain yang menghadapi kesusahan. Ada satu atok tu cucu dah nak kena cekup tapi pandai2 hang la ye..hihi
Seret Tommy Thomas dan Tipah Koya..ni dua orang ni jd keldai suruhan Medey ni…dua orang manusia yg salah guna kuasa demi politik
Pendakwaan2 politik bergitu banyak membuang masa mahkamah!
Lebih baik hakim2/mahkamah beri TUMPUAN mendengar kes2 PEMANDU2 MABUK YANG MEMBUNUH polis dan orang2 awam!
Yg pasti hang jibby banyak kes nk kena settle.. Ingat tu
mamat kat atas nie Datuk beli ka??
sibuk nak peringat kat org,
ang peringat kat atok yg nyanyok tu lagi bagus,
da byk perkara dia lupa,sampaikan maruah diri pun dia lupa
Seba itu lah PM sekarang ini tumpukan pada rakyat dengan negara. Sebab Muhayidin bukan seorang pemimpin yang bersikap pendendam. Macam pemimpin yang lepas. Sebuk membalas dengan Sampai Malaysia tidak tertadbir dengan Betul. Kalau bersalah pun kumpulkan bukti dengan kukuh lepas itu Baru dakwa. Tidak lah membuang masa makamah. Ini bukti berlandaskan politik.
sebab itu jawatan penting hal perundangan tidak dilantik oleh pm. daripada hakim hingga kebawah termasuk ag sepatutnya majlis raja2 yang melantiknya. bukan pm.