Home Politik Anwar dakwa mahkamah amal sistem perundangan dua darjat bebaskan Musa Aman

Anwar dakwa mahkamah amal sistem perundangan dua darjat bebaskan Musa Aman

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berjalan keluar dari mahkamah selepas menghadapi pertuduhan berhubung kes rasuah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mahkamah mengamalkan sstem perundangan dua darjat dalam membuat keputusan melepas dan dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, senario itu jelas apabila keputusan yang dibuat tidak memihak kepada rakyat.

“Pengukuhan sistem perundangan membuktikan ada dua darjat mengenai pihak atasan dan bawahan. Saya tahu ada alasan kononnya Peguam Negara yang lalu, Tan Sri Gani Patail memberikan pengakuan dan hujah alasan pelepasan.

“Adakah ini tidak boleh dipertikai dan apa kepentingan Gani Patial di Sabah, isu tanah atau kepentingan peribadi, saham yang menyebabkan dia mudah terlepas.

“Hal ini patut disiasat dengan teliti, saya percaya secara umum kita tahu bahawa orang awam buat salah dihukum denda atau masuk penjara. Tapi kalau golongan atasan dan tokoh politik buat salah ada bilion ringgit, dan melibatkan ratusan juta,” katanya dalam sidang langsung di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan melepas dan membebaskan Musa Aman selepas pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap beliau.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa kemudian memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya bagi mengelakkan daripada tuduhan tergantung.

Berikutan itu, Muhammad Jamil mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan.

Hakim juga membatalkan dua permohonan daripada pihak pembelaan iaitu untuk membatalkan tuduhan dan permohonan bagi mencabar keperlembagaan Seksyen 82(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bagi kes rasuah, Musa, 69, menghadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Wahai cik non, kenapa hang sampai perlu gunakan YDPA untuk mengampunkan engkau. Salah guna kuasa jugak tu.. Prosidur kan kena buat macam2 tapi ko terus express je. GUNA KUASA LE TU CIK NON. Tanpa perlu melalui review committee mak nenek.

    Awat cik non tak buat JUDICIAL REVIEW JER, KALAU KO BETUL2 TAK BERSALAH. KAN PHARUUPUN SEDANG MEMERINTAH waktu tu… KO CUMA PERLU BUKTIKAN AL JUBURI TERANIAYA… TU JE, APA TAKUT…. Tapi hakikat nya ko memang takut… KO PUN TAK BERANI SUMPAH LAKNAT SEDANG KAN KO ORANG ISLAM. TAKUT KENA PANAH PETIR KE… Allah maha mengetahui CIK NON

  2. Hoi Anwar bebal..kes rasuah Guan Eng & Shafie Afdal tu berapa darjat??? Tu skandal Forex Medey tu darjat dewa kah??? Atau ko dah suci kan?? Smpai mampus lah ko jd bodoh!

Comments are closed.