Home Dunia Mumbai rekod lonjakan kes Covid-19

Mumbai rekod lonjakan kes Covid-19

Pekerja migran beratur untuk menaiki kereta api di stesen kereta api Mumbai. foto Reuters

MUMBAI – Ibu kota kewangan India di Mumbai mencatat 51,000 kes Covid-19, menyamai kes puncak jangkitan di Wuhan ketika ia pertama kali tercetus pada akhir tahun lalu.

Lonjakkan itu menjadikan kes jangkitan koronavirus baharu di India sebanyak 266.598 kes.

Maharashtra, yang merupakan ibu kota Mumbai merekodkan 90,000 kes.

Jangkitan juga meningkat di New Delhi, yang mana pihak berkuasa meramalkan lebih dari setengah juta kes pada akhir bulan Julai.

Kenaikan itu selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan setelah tiga bulan melaksanakan perintah duduk di rumah bagi mengekang penyebaran virus.

Pada 8 Jun, pusat membeli-belah, tempat ibadah dan pejabat dibenarkan untuk dibuka semula.

Sebelum itu, semua kedai, pasar dan perkhidmatan pengangkutan juga diberi kebenaran untuk beroperasi.

Pakar-pakar mendakwa kerajaan tidak ada pilihan lain kerana kelonggaran sekatan itu merupakan tuntutan ekonomi.

Ini kerana, berjuta-juta penduduk telah kehilangan pekerjaan dan mata pencaharian serta perniagaan ditutup akibat pandemik itu.

Berikutan itu, India berdepan dengan krisis kelaparan yang disifatkan sebagai tragedi manusia. – MalaysiaGazette