Home Politik Amiruddin kecewa apa yang berlaku kepada Bersatu

Amiruddin kecewa apa yang berlaku kepada Bersatu

Amiruddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Barangkali mereka di sana itu kian terlupa atau buat-buat lupa.

Itu keluhan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah mengenai kemelut politik yang berlaku terutama perpecahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memecatnya baru-baru ini.

Ke manakah halatuju parti hari ini? Bagaimana parti ini mahu digerakkan kembali? Apa sebenarnya sebab paling asas parti ini ditubuhkan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amuruddin, penglibatannya pertama kali bersama parti kerana dirinya mendokong semangat dan prinsip parti untuk menjunjung tinggi sistem demokrasi, mempertahankan agama, memperkasa bangsa dan paling utama ialah berjanji setia untuk menolak rasuah secara total, melawan salah guna kuasa dan membina budaya baharu dalam urus tadbir negara dan mencorak naratif politik yang lebih segar buat Malaysia.

Menurut Amiruddin, ketika menyertai Bersatu pada November 2017, ianya sudah pasti merupakan suatu keputusan yang paling besar dalam hidupnya.

“PRU-14 telah menunjukkan bahawa Pakatan Harapan berjaya mendapat mandat oleh rakyat menewaskan rejim kleptokrat Barisan Nasional yang memerintah sejak 60 tahun. Pertukaran kerajaan yang aman dan tanpa pertumpahan darah.

“Bersatu dilihat sebagai parti alternatif pilihan orang Melayu. Nah, kita lihat pada PRU-14 yang lalu bahawa rakyat berani memberikan mandat kepada Bersatu bersama rakan parti komponen Pakatan Harapan untuk membawa aspirasi baharu politik Malaysia.

“Kita mahukan membersihkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, memperkasa rule of law, mereformasikan institusi dan fokus membasmi kemiskinan rakyat. Kita juga sangat komited khususnya MP Bersatu untuk memperkasa nasib orang Bumiputera.

“Namun harini ini, berbeza dengan apa yang kita sangkakan. Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui jalan yang kita sukar untuk fikirkan. Pakatan-pakatan politik yang hanya inginkan kuasa, dibina dan digerakkan secara diam. Sebahagian daripada kita juga, menjadi watak utamanya,” ujarnya.

Menurut Amiruddin, orang yang sama semasa Perhimpunan Agung Bersatu mahu menghapuskan rasuah, menolak UMNO dan sebagainya tetapi hari ni mereka duduk bersama membentuk gabungan baru lantas Pakatan Harapan dikhianati.

“Apa sudah jadi dengan politik Malaysia hari ini?” soalnya lagi.- MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Jgn lupa dari 60 tahun tu, 22 tahun di bawah penyamun Medey…ko boleh sokong plak penyamun tua tu?? Bodoh!

  2. Betul, lg sembang kleptokrat la Itula Inila. Sembang sbb nak duit poket jer. Sanggup gadai negara.

  3. Macam mana nak hapuskan rasuah kleptokrasi salah guna kuasa kronisme nepotisme kalau orang paling tua dalam BERSATU sendiri adajah MAHADEWAnya. Tak ke itu satu yang paling memalykan. Mengata perkara buruk tentang UMNO tetspi apa yang dilihat rupanya dia yang lebih. Salahguna kuasa sangat ketara kerana mahu menekan musuh politik nya. Dan lagi si tua Si Kitol ni menabur fitnah dan memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Eliknya YB jauhkanlah diri darj si tua kutuk yang hina ni takut anak cucu YB akan terima tempias pembalasan tuhan nanti kerana bersubahat tentang perkara yang tidak baik. YB sanggup ke lihat semua ni nanti.

  4. Cakap banyak… mcm lah politik ni suci sangat, nak bernostalgia.. lu sapa, dah ada chance brakeout tunggu apa lg, cari sejadah, cari al-quran jgn sampai >90 masih nk mnongkat dunia… dah daftr solat jumaat esuk tak.. ??

  5. Hehehe, bila anjing cakap kat anjing lain, lu anjing.

    1.Politik wang tu dari sapa… Mahaguru Madey, kroni tu sapa bawak kalau bukan Madey…
    2.Create kroni 2 billionaires untuk mendokong politik duit. 3.Masih perlu bail out anak2 guna duit petronas selepas yerlebih dahulu mengkayakan mereka tu sapa dgn projects haram tu sapa
    4.Buka fail individu dan akan digunakan bila perlu saja. Cuma dakwa mereka yg menentang saja. Selected execution tu sapa ajaq
    5.Berpura pura baik dan tak bersalah tetapi mahaguru…

    Bukan level hancing… BANGKAI

  6. YB silap, YB telah berpaut pada dahan yang sudah tua dan rapuh dan lihatlah kini dahan tersebut telah patah dan semuanya terhempas ke bumi sesekali dengan YB, kembalilah kepada ajaran Islam. Jadikanlah pengalaman lalu sebagai pengajaran dan jangan diperbodohkan lagi oleh golongan yang kononnya memperjuangkan liberal dan demokratik.

  7. Jangan salahkan parti kerana parti ialah entiti hanya pada nama tetapi salahkan pemimpin2 nya macam anda.

    SATU jari menuding kepada orang lain TETAPI TIGA jari yang lain menuding diri sendiri.

    YB… rumah agam di Jalan Pegawai Alor Setar milik siapa agak nya?

  8. YB punya matlamat tak sama matlamat rakyat masa tu. YB salah faham. YB ingat kami sokong PH dulu sbb benci UMNO semata mata? Saya antara yg ingin ubah kerajaan dulu sbb pemimpinnya korup. Bukan sentimen parti. Tak peduli pun semua tu. Kebetulan cuma ada 2 saja pilihan, so teroaksa ja pilih. Tp hampehhhh.. lg merepek.
    Skang yg korup dah xda dlm barisan pimpinan negara, batpa kami nk patah balik ke PH yg hampehhh? YB punya sentimen tu YB punya pasal la.. kami xpeduli

  9. DIA ni KHIANAT juga…ASALnya dari PAS.sembang lebih…JADI cermin utk lihat diri….bukan JADI kanta PEMBESAR utk BESAR AIB orang….Sendiri BERAK orang lain kena tuduh.

Comments are closed.