KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md. Arip antara lima individu yang bakal dilantik menjadi senator.
Beliau menjadi setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri itu selain Abu Bakar Yahya.
Selain Muhammad Zahid mewakli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ahli Bersatu lain dilantik ialah Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad.
Selain Bersatu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ketua Dewan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam turut dilantik menjadi senator.
Kelima-lima mereka dijangka mengangkat sumpah pada Selasa depan melalui senarai edaran Presiden Dewan Negara, Tan Sri SA Vigmeswaran hari ini.
Kelima-lima mereka adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong dan dijadualkan mengangkat sumpah jawatan pada jam 10 pagi.
Menurut laporan, Vigneswaran memberitahu, empat lagi senator akan dilantik pada 22 Jun nanti.- MalaysiaGazette