Home Sukan Gaji Van Dijk paling mahal

Gaji Van Dijk paling mahal

Virgil van Dijk

LONDON – Bek kental, Virgil Van Dijk akan muncul pemain yang dibayar gaji paling mahal dalam sejarah Liverpool menerusi perjanjian £220,000 pound (RM1.18 juta) seminggu.

Pemain antarabangsa Belanda itu sedia menyambung kontrak selama lima tahun bernilai £57 juta pound (RM306.04 juta) ketika skuad kendalian Jurgen Klopp menghitung waktu untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

Tawaran gaji itu sekali gus menamatkan spekulasi Pemain Terbaik Tahunan PFA itu akan berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Kelab kaya dari Perancis itu sebelum ini secara terbuka mahu mendapatkan Van Dijk pada musim panas ini namun pemain berusia 28 tahun itu seolah-olah tidak berminat.

Ketika ini dia menerima £180,000 pound (RM966,431) seminggu dan dijangka angkat dapat naik lagi sebanyak £100,000 pound (RM536,906) daripada jumlah berkenaan di ibu kota Perancis.

Namun menerusi perjanjian baharu, Van Dijk difahamkan bersedia menerima penambahan £40,000 pound (RM214,762) seminggu yang membolehkan dia mengatasi pemain dibayar paling mahal, Mo Salah.

Penyerang Mesir itu menerima £200,000 pound (RM1.07 juta) seminggu. – MalaysiaGazette