
MEXICO CITY – Sejumlah 4,790 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di Mexico semalam dengan 587 kes kematian.
Dengan angka terkini itu, jumlah kes Covid-19 di Mexico melonjak kepada 133,974 dan 15,955 kematian, kata Kementerian Kesihatannya.
Kerajaan berkata, jumlah sebenar kes jangkitan sebenarnya lebih tinggi berbanding data rasmi. – MalaysiaGazette