
BENGALURU – India melaporkan sejumlah 297,535 kes jangkitan koronavirus, lepasi angka di United Kingdom.
Jumlah ini menjadikan India sebagai negara keempat terburuk kes jangkitan Covid-19 di dunia.
Angka jangkitan itu melonjak sebanyak 10,956 pada hari Jumaat berbanding sehari sebelumnya dengan kes kematian sebanyak 8,498, kata Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga. – MalaysiaGazette