KUALA LUMPUR – Sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan sarkastiknya mahu menubuhkan Parti Apa Aku Dapat (Parti AAD), Datuk Seri Najib Razak pula mencelah dengan menyatakan beliau dengar ada sebuah parti politik baru yang dinamakan Parti Anak-Anak Daddy akan ditubuhkan
Dalam kenyataan pendeknya, Ahli Parlimen Pekan itu bertanya sahih ke berita tersebut.
”Selamat pagi Malaysia. Dengar kata sebuah parti politik baru yang dinamakan parti Anak-anak Daddy bakal ditubuh?
Sahih ke berita ni? Tanya je,” kata Najib.
Meskipun tidak menjelas lanjut, nama Parti Anak-Anak Daddy itu memiliki persamaan dalam bentuk akronim Parti AAD yang disebut oleh Dr Mahathir dalam hantarannya di Faacebook.
Dr Mahathir berkata, beliau bercadang mahu menubuhkan sebuah parti politik selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpecah dua.
Secara sarkastik beliau memberitahu, banyak orang Melayu suka tubuh parti politik, oleh sebab itu beliau juga mahu berbuat demikian.
Kataya, nama parti itu ialah Parti AAD atau Parti Apa Aku Dapat dengan tujuan memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
Beliau akan melantik pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.
Keahlian dibuka kepada sesiapa yang belum mendapat pendapatan lumayan boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain lagi.
Tiada yuran dikenakan, tambah beliau.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Dr Mahathir menggelarkan Kerajaan Perikatan Nasional sekarang ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.
Katanya, Parti Perikatan Nasional tidak wujud dan tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini.
Malah, ia juga tidak pernah didaftar Perikatan Nasional semasa Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette
Laknat umno n jib
Sakit hati ke
PN tak ada daftar tetapi tak kencing rakyat dpd yang parti gah berdaftar tetapi kencing rakyat
Siapa lah yang nak masuk parti yang hanya jaga kepentingan anak cucu pengerusi aje.
Tak usah dibahas parti baru itu buang karan musim kobik ini.
Btul apa yg DSN ckp tu..PAAD utk ank2 mahathir je..
Dah jatuh tertiarap dan susah nk bangun sendiri baru nak fikir tentang org2 yg tak dapat…anjir btul.
Tubuhlah Tun…yg dok nampak tak dak manafaat pada rakyat…lagi berpecah…dulu tuduh org buat berpecah, sekarang sendiri buat…
Jibby ni setan sokmo..
Hatok Ni jika duduk diam diam rakyat tidak tahu dia nyanyuk, nak tubuh parti anak anak ni untuk jadi “galah sejengkal” ker? Takat nak jadi “taik lungguk” baiklah pergi rawat otak supaya tidak bertambah nazak.
BOSSKU JANGANLAH CEMBURU …. bossku boleh tubuh Parti Keluarga Penyamun (PKP) ….. akronim yang cukup popular sekarang ….. yang yuran keahliannya boleh ditanggung bossku