KUALA LUMPUR – Akibat tinggal bersendirian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac yang lalu, Remy Ishak mengalami kemurungan.
Keadaan Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu menyebabkan doktor menasihatkannya untuk tidak tinggal bersendirian bimbang emosinya semakin buruk.
Perkara itu didedahkan oleh pengurus Remy yang bernama Azlin Abas.
Namun kini Remy atau Mohammad Zalimei Ishak dikhabarkan telah berada di kampungnya di Melaka bertemu keluarga.
“Minta maaf, Remy dimaklumkan oleh adiknya tidak sihat selepas dia balik dari bandar hari ini. Sudah tiga bulan dia tak bertemu keluarga di kampung. Itulah yang dia jadi rindu sangat. Malah, dia nak kerja pun tak boleh sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Dalam pada itu, Remy dilaporkan berkata tidak mempunyai pasangan hidup dan berjauhan dengan keluarga menambahkan lagi kemurungannya yang sebelum ini terperuk di rumah berbulan-bulan.
“Apatah lagi saya ‘single’, mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu.
“Saya cuba untuk kuat, berfikiran positif dan memperbanyakkan membaca bagi menenangkan fikiran. Namun, perasaan itu tidak boleh bertahan lama. Semakin lama, semakin sukar untuk saya mengawal perasaan,” katanya.-MalaysiaGazette