Dalam perkembangan perbicaraan kes seorang remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan membakar bangunan tersebut 3 tahun lalu, saksi kejadian memberitahu Mahkamah bahawa dia bersama beberapa rakan termasuk tertuduh menghisap ganja sebelum kejadian itu.