Home Nasional TUDM terbangkan pesakit jantung warga emas

TUDM terbangkan pesakit jantung warga emas

Seorang warga emas yang mempunyai penyakit jantung diterbangkan ke Pusat Jantung Sarawak menerusi penerbangan ehsan TUDM. Foto ehsan: TUDM

KUALA LUMPUR- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerbangkan seorang pesakit jantung warga emas, Wan Ujang @ Wan Ali Tuanku Sait, 71,untuk menerima rawatan di Pusat Jantung Sarawak.

Dalam kenyataan media tengahari tadi, Jabatan Perhubungan Awam TUDM berkata, penerbangan ehsan itu dilaksanakan dengan pesawat pengangkut A400M yang diterbangkan oleh Mejar Khairul Ikhmal Ishak TUDM yang dibantu Kapten Mohammad Ridhwan Yahaya bersama tiga orang anak kapal.

“Penerbangan ehsan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Kuching pada jam 7.32 pagi dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit sebelum selamat mendarat pada jam 9 pagi,” kata kenyataan itu.

Seorang warga emas berusia 71 tahu berpenyakit jantung diterbangkan menggunakan pesawat TUDM ke Pusat Jantung Sarawak malam tadi.foto ihsan TUDM

Justeru, pesakit yang sebelum ini telah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur dan kini akan mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Jantung Sarawak bagi memudahkan penjagaan oleh keluarga pesakit.

Kata TUDM, tanggungjawab sosial itu dilaksanakan pihaknya khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

“Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Warga ems berusia 71 tahun yang berpenyakit jantung diterbangkan menggunakan pesawat TUDM menerusi penerbangan ehsan malam tadi dan selamat mendarat di Sarawak 9 pagi tadi.Foto: TUDM

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja TUDM termasuk dari Cabang Pergerakan Udara, PU Subang serta anak kapal No. 22 Skuadron. Tidak terkecuali juga kepada doktor dan petugas perubatan dari IJN dan KKM,” katanya.-MalaysiaGazette