Home Utama Tun M mahu tubuh Parti Apa Aku Dapat

Tun M mahu tubuh Parti Apa Aku Dapat

Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad bercadang mahu menubuhkan sebuah parti politik selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpecah dua.

Beliau berkata, banyak orang Melayu suka tubuh parti politik, oleh sebab itu beliau juga mahu berbuat demikian.

Secara sarkastik, beliau menambah, nama parti itu ialah Parti AAD atau Parti Apa Aku Dapat dengan tujuan memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

Menurut Dr Mahathir, beliau akan melantik pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

Sesiapa yang belum mendapat pendapatan lumayan boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain lagi.

Tiada yuran dikenakan, katanya.

Posting yang berbaur sindiran itu mendapat 3,700 ‘like’.

Meskipun begitu, rata-rata netizen ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Dr Mahathir.

Seorang netizen, Saiful Adli berkata: “Perli la lagi kat org melayu..tahniahh..teruskan..penulisan serupa bola tanggung utk dismash..cantekk”.

Rahmat BenAbdullah pula menambah: “Kalau duduk diam-diam berehat kat rumah menikmati hari tua, xde nya org melayu berpecah buat bnyk parti baru”.

Manakala pengikutnya, MyZaidy Yusoff berkata: “Saya fikir ini bukan tulisan seorang bertaraf negarawan. Kerana pemikiran seorang negarawan tidak seteruk ini. Status ini memaparkan seolah-olah spt org yg sudah mati akal dan gagal. Sungguh keanak-anakan”.

”Level Tun bukan update status mcm ni, berehatlah tun, bgi peluang org lain pulak, dah2 lah nk berpolitik n pecah belahkan Melayu,” kata Amin SA. – MalaysiaGazette

12 Komen

  1. Anwar juga dijangka akan tubuh parti baru namanya Parti Aku Belum Dapat. Ini sekiranya dia masih tak dapat jadi PM 9 nanti.

  2. 22 tahun plus 22 bulan… BANYAKKK AKU ANAKBERANAK DAPAT… 100 keturunan makan tak habis

  3. Tua sudah, jatuh sudah, lama sudah, sudah2 lh main politik, lbh baik habiskan masa tua, utk beribadat kpd Allah, sblum masa tiba nnti utk mgadap yg maha kuasa.

  4. Amat menyedihkan saorang yg konon negarawan, membuat kenyataan mcm sairang budak2.mungkin tangapan dia sairang negarawan terlalu overated. Sindir meyindir biase lah tpi amat tidak disangle meroyan dan menjatuhkan maruah sendiri. Dlm kemulut politik skg dan negars sdg hadapi masaalah, sepatutnye dia lebih amarah serta berhemah dlm sikap nye kpd masyarat tempatan. Namun mungkin this is magathir in his true colour, yg umun x nampak semase beliu berkuase. Dia hanye manusia biase beremosi, bernafsi dan berperasaan. Dari aspek ini Bossku, lebih matang dan amat penyabar subggih pon terpakse menghadapi cabaran yg bagitu berat satelah dijatuhkan oleh tak lain dan tak bukan Atuk sendiri.bosslu tak melatah dan mampu bangkit kembali dgn aura yg lebih mantap serta diterima dgn senang oleh rakyaat. Nampaknye kerenah dlm Politik PH banyak menyedarkzn rakyaat dlm membuat perbandingan antara bossku dan Atuk dari sudat kejujoran dan sikap.

  5. dulu ckp melayu malas..skrg nk harapkan melayu jugak..dulu ckp melayu berpecah..skrg dia yg galak bawa melayu lebih terpecah2…dulu dia ckp melayu mudah lupa…tapi skrg ni dia yg betul2 terlupaaaa..

Comments are closed.