
KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pengurangan harga model-model keluarannya sehingga RM9,484 susulan pengumuman pengecualian cukai jualan membabitkan pemasangan tempatan.
Penyelarasan itu berkuatkuasa 15 Jun sehingga 31 Disember ini.
Model-model yang ditawarkan ialah Polo, Vento, Tiguan dan Passat.
Manakala model keluarga Golf – termasuk R-Line, GTI dan R diimport sepenuhnya.
”Dengan pengecualian cukai jualan itu, pengguna dijangka dapat berjimat sehingga RM3,881 untuk Tiguan, RM6,133 (Passat) dan Golf R- Line (RM4,884). – MalaysiaGazette
Cukai jualan kereta pemasangan tempatan dikecualikan 100 peratus