Home Dunia Pegawai tertinggi AS-China rancang pertemuan di Hawaii

Pegawai tertinggi AS-China rancang pertemuan di Hawaii

WASHINGTON (Reuters) – Pegawai-pegawai tinggi Amerika Syarikat dan China sedang merancang pertemuan di Hawaii bagi meredakan ketegangan dua ekonomi terbesar dunia itu berhubung pelbagai isu, demikian menurut laporan beberapa media.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo merancang pertemuan tersebut “secara senyap” dan aturannya masih belum dimuktamadkan, lapor Politico.

Pompeo yang lantang mengkritik China dalam pelbagai isu seperti punca pandemik koronavirus sehinggalah kepada dasar Hong Kong serta layanan terhadap etnik dan penganut agama minoriti.

Jabatan Negara AS dan kedutaan China di Washington tidak memberi maklum balas ketika ditanya mengenai kesahihan perkara ini.

Akhbar South China Morning Post yang memetik sumber berkata, seorang pesuruhjaya negara dan ahli Parti Komunis Politburo akan menjadi wakil China dalam pertemuan berkenaan.- MalaysiaGazette