Hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan orang ramai mula menyerbu destinasi pelancongan domestik Pulau Langkawi.
Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kebenaran rentas negeri bermula 10 Jun merupakan berita gembira yang begitu dinanti-nantikan oleh orang ramai setelah hampir tiga bulan berkurung dalam kediaman masing-masing.
PKP Bersyarat yang tamat pada 9 Jun lalu sememangnya memberi kelegaan kepada seluruh rakyat apabila mereka lebih bebas untuk bergerak selain pembukaan semula pelbagai sektor termasuk pelancongan.