Home Nasional Jumlah penularan kes dalam negara amaran jangan abai SOP

Jumlah penularan kes dalam negara amaran jangan abai SOP

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Risiko penularan Covid-19 akan tinggi sekiranya masyarakat memandang remah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan 43 kes baru semalam dan daripada jumlah itu sebanyak 38 adalah kes tempatan merupakan satu amaran jelas berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rentas sempadan yangg dibenarkan.

“Amat merbahaya jika SOP mula di remehkan..bersama kita cegah penularan COVID19,” tulis beliau dalam akaun Twitter hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memaklumkan sebanyak 15 kes Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini melibatkan tujuh negeri merupakan antara 38 kes penularan tempatan.

Ia melibatkan satu kes di Kuala Lumpur, empat kes di Selangor, lima kes di Negeri Sembilan, dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Pahang, Perak dan Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah tujuh daripada 15 kes itu adalah hasil saringan yang dilakukan di pusat-pusat tahfiz. – MalaysiaGazette